Cik & Cik puan yg vogue de' vast

Wednesday 28 December 2011

Dinner ape ye CPP malam ni??

Assalamualaikum...Malam ni cadangnya nak masak ayam kari bersama sayur kacang panjang goreng sambal. Tapi sebenonyer CPP nak citer topik semalam. Alkisah nya semalam CPP tergopoh gapah balik dari office, sebab anak² request nak makan tomyam. Alahai anak² ni mementangla mama ni bibik yang bisa order saja, kamo pun order saja ya. Siap call " mama!! azri ni. mama balik cepat la, azri nak makan tomyam" Aduyaii la anak. Mama ni no choice lor. Kene merajinkan diri masak untuk kamoo.

Cik puan² semua, nak kongsi resepi masak tomyam yang sangat simply siti  khas buat cik puan² yang bekerja dan sangat² tak cukup masa. Caranya kan potong semua sayo²ran, lepas tu bawang besar potong bulat², bawang putih ketuk², cili padi ketuk², serai ketuk², asam keping, kiub tomyam, itu je cik puan². Kite rebus ayam sampai empuk pastu tumis bahan potong & ketuk tadi lepas tu campak bahan lain, lepas tu letak air, garam, dan masukkan ayam renihkan sehingga mendidih dan naik bau.  PASTU agak² dah wangi dan perot rase lapo teramat dek kerana bau tomyam tu, sila la matikan api, hidangkan dan makan. Sekian ye cik puan². Ketemu lagi di episod akan datang bersama CPP dalam rancangan ketuk² campak² .

Haha...buat entry ni sambil menaip sambil tersengih. Orang jawe kate "bocah iki kok biegoo" walah..layan york gambo.



Tomyam merah request by abang Azri
Bahan-bahannye:-
1. Bawang merah potong bulat.
2. Bawang putih ketuk.
3. Lada cili ketuk.
4. Asam keping.
5. Serai ketuk.
6. Tomato blender.
7. Kiub tomyam
8. Garam / Aji
9. Apa saja sayur yang kamoo mahu letak.
10. Ayam ( seafood pun boleh ye..ikut suke kamoo la)

Cara masak:-
1. Tumis bawang merah, bawang putih, cili, serai, daun limau hingga naik bau.
2. Masukkan kiub tomyam, asam keping.
3. Masukkan air.
4. Bila air mengeleggak, masukkan ayam hingga masak.
5. Last sekali masukkan sayur agak masak. Tutup api dan SIAP.

*bagusla bila air tangan kita, ade yg sudi menjamahnyer*

Monday 26 December 2011

Transform!!!!!!



1, 2, 3, SIJI, LORO, TELU ........... BERTUKAR

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Dah ade polkadot white + background purple (wajib purple ya!!)

*kadang-kala perubahan itu sangat perlu*

Buah ape nih?


OPO IKI? Isinya putih ade rasa kelat² sket, rase masam sket..Ape heh lupe la name buah ni.



Kek lapis dengan kek carrot from Indonesia. Jiran depan rumah bagi. Dia baru balik dri kampung.

*untung dapat jiran yg pemurah ni*

Oo nasik goreng...oo nasi goreng

Salam isnin sahabat and teman² blogger. Alhamdulilah dapat menjengah ke hari isnin. Cuti² cam ni aktiviti sepatutnya banyak. Tapi apakan daya hujan tanpa henti ni membataskan segalanya. Kalau nak jejalan keluar bawak kido's sure sangat sulit dengan cuace macam ni. So toksah pk panjang lepak je kat uma layan DVD orait tak?

Sesejuk camni perut pun lapo. Apelagi CPP selongkar dapo la. Sebelum kido's bangun especially si tecik tu, baik bersilat dulu kt dapo senang nk wat keje. Pepagi ni bakokan roti for my kido's. Tuk incik papa n mama pulak layan nasi goreng ok gak. Besh².
TAPIKAN.. tu semua dalam mimpi la. CPP nk lepak rumah layan DVD hanya dalam mimpila. Sebabnya CPP kene kerja hokey. Caye tak? Today me KERJA..huhuhu Nepal, bangla pun tau cutila Beb..Bosan + tension + bengong. So pelagi lepas goreng nasi, tapaula makan kt opis. Huhuhu...


Nasi goreng simple.
Bahan-bahanyer:-
1. Bawang kecik tumbuk.
2. Bawang putih tumbuk.
3. Ikan bilis tumbuk.
4. Cili tumbuk.
5. Belacan tumbuk.
6. Garam / Aji.
7. Telur.

Cara masak:-
1. Tumis semua bahan tumis hingga naik bau.
2. Pecahkan telur.
3. Masukkan nasi.
4. Gaul hingga rata dan mesra. SIAP.

*lepak kt opis sambil layan blog n fesbuk*

Friday 23 December 2011

"aku sayang ko la bongok!!"



Sangat best citer ni....Suke banget..Kalau buat movie kan bagus dengan syarat pelakon dikekalkan..
Suke Elfira & Randy..

                                               *suke kamoo*

Money!!! Money!!! Money!!!


Alhamdulilah. Tiba hari jumaat. Harini rasa boring la. Boring tanpa sebab.Tak tahu kenape. Maybe cik P nak datang kut.Badan pun rasa tak sedap je ni. Tadi CPP jejalan ke blog mamaLUV. So CPP copy gambar di blog dia untuk share kat blog CPP ni. Gambar duit baru. Nampak cantik. Sepoloh, duopoloh , limapoloh, lima pun ade..jomla PARK..



*ermm cantik. nampak mcm tak mudah koyak*

Thursday 22 December 2011

Penantian satu penyeksaan

Salam khamis kawan². Alhamdulilah masih berkesempatan menulis di blog ini. Allah masih panjangkan umur CPP. Sekarang beron9 di office. Kerja memang melambak gile. Lelagi hari selase cuti ke klinik pakar. So semalam ( hari rabu ) memang tak menang tangan nak buat kerja yang berlambak-lambak ni. So harini continue kerja semalam. Sekarang barula ade free sikit. Sempat la memBLOG.. Now 5.00pm jap lagi dah nak balik.

Ade ke yang mengikuti kisah CPP tentang ketumbuhan dijari tu? Kalau ada, nak tahu result? CPP masih menunggu. Maybe macam ni lah bayaran yang perlu CPP terima kalau buat check-up di gomen. Memangla bayaran tidak dikenakan, tetapi patient kene tunggu..tunggu dan terus menunggu. Semasa appoitment, jam 11 pagi CPP tiba tepat pada waktu appoitment. Sampai di kaunter nurse yang bertugas dengan muka yang masam, tanpa senyum, meminta surat refer. Setelah CPP beri, kene tunggu pulak angka giliran. Angka giliran bertuah CPP masa tu 1063. Macam biasa PENANTIAN SATU PENYIKSAAN, pukul 12 berlalu....menjegah ke pukul 1....dan seterusnyer tiba ke pukul 2...ok CPP last patient ye..walaupun nombor CPP 1063, patient yang bernombor 1079 dah masuk terlebih awal...CPP pelik..tapi tu realiti...CPP orang last..patient paling last .....

Ok tepat pukul 2.30 petang, 4 orang dokter pakar yg sangat-sangat muda refer ketumbuhan dijari CPP ni. Tak ada satu pun yang tahu ape bende tu. Antara dialog yang CPP sangat rase funny like tis :-

Doctor amoi : U nak buang ke? Atau nak tunggu 3 bulan lagi kita tengok ia membesar atau tak?
CPP : Doctor bukan masalah tunggu atau nak buang ke tidak. The problem is, it's growth almost 2 years.
Doctor amoi : (Senyum melihat 3 orang docter lelaki yg sedang membelek jari CPP. Dan mengangguk.)
CPP : So how doctor?
Doctor amoi : Kita tak tahu kene refer X-Ray. (mereka melihat x-ray sambil berdiskusi..born ok..bla..bla..bla..)
CPP : Hanya menunggu...
4 Doctor : We discuss and decide you refer HSA. I buatkan letter for refer HSA Ortopedics ya.

CPP hanya tersenyum. Tersenyum dengan penantian ini. Funny bila docter amoi tu cakap suruh tunggu 3 bulan lagi. Maybe tunggu bende ni semakin membesar sebesar buah pear agaknyer? Semasa CPP di check doctor lelaki bernama doctor azim menerangkan kat CPP, mereka ber4 tak tahu sama ada ini sel cancer or tumor. Maybe kene hantar sample ke makmal. Ok CPP faham dan akur..

*hanya menunggu*

Monday 19 December 2011

Orthopaedics Refer

Salam Isnin kawan-kawan. Isnin kembali lagi dengan mood yang kurang, keletihan dan kepenatan menguasai diri ni. Semalam penat berjimba-jimba bersama family. Harini timing kerja agak slow. Mood memang kelaut sesangat. Nak menaip ni pun malas. Tapi CPP gagahkan jugak.Esok CPP akan buat appoitment dengan dokter pakar pukul 11.00 pagi. Ape yang kat surat ni tulis :-

To : Orthopedics Clinic

Dear Docter,
Thank you for seeing this patient.
c/o : Growth at DIIJ of left ring finger for past 2 years. Incresing in size. Now tenor. X-ray no bony abnormal. Soft tissue tumor of left ring finger.

Nampak macam tak serius kan? Tapi esok resultnyer same ada dokter pakar nak buat laser atau buang ketumbuhan tu. Mudah-mudahan selamat la segalenyer. CPP berdoa dan tawakal je. Minta jasa kamoo mendoakan yang terbaik untuk CPP.

Nak tengok ke ketumbuhan ni sebelum di buang? Meh PARK..




*terime ape saje yang ditentukan olehNYA*

Sunday 18 December 2011

Tiram Indoor Waterpark

Assalamualaikum. Salam malam ahad. Macamana weekend cik puan-cik puan semua?Mesti terisi dengan perkara yg menyeronokkan. Ade yg rehat saje dirumah? Bagus kalau hari minggu just lepak rumah je. Lagi syok dapat rehat secukupnyer setelah penat bekerja.

CPP pulak pagi-pagi seawal pukul 7.00 dah start mengemas rumah. Pastikan semua nampak bersih. Lepas siap semua kerja rumah, CPP and Incik papa bawak kido's ke Tiram Indoor Water park. Ni adalah kali kedua kami kesana. Abang Azri yg request. Incik papa agree coz start cuti sekolah kami memang tak kemane-mane. Penat jugak seharian kat sana. Tapi tak apalah janji anak-anak suke.

Kepada parents yg bercadang nk bawak anak bermandi-manda untuk cuaca yang setiap hari hujan ni CPP cadangkan pergilah waterpark yg ade berdekatan anda. Kalau nak ke pantai untuk mase sekarang ni banyak risikonye contoh ombak besar, hujan tak kira waktu. So CPP cadangkan pilihla indoor waterpark untuk keselamatan anak anda.Jom usha...






*cuti sekolah dh lama bermula, maafla anak-anak mama n papa.baru ni dapat bawak jalan-jalan*

Saturday 17 December 2011

Purple and me


Selamat petang sabtu. Harini sangat free tak ada ape-ape program. Aktiviti petang sabtu hanya melepakkan diri bersama keluarga dirumah.Incik hubby ajak ke angsana usha maharaja lawak mega.Sangat malas la dengan cuaca yg tengah hujan sekarang ni. Maybe esok berjimba-jimba bersama family. Planning nk bawak anak mandi kt laut tapi takut plak dengan cuaca sekarang ni Kesian si adik tecik mucuk alfi. Lenkali la baru bawak mandi laut. So decide bawak kido's mandi indoor saje kat today's mall. Insyallah esok kalau diizinkan.

Sebenarnya CPP nak merungkai permasaalahan cik puan-cik puan dan cik kak-cik kak yang bertanya tentang CPP yg kekunun obses sangat dengan purple. Tapi ape barang purple yg CPP ade? Kesian nyer pada kamoo yg bertanya tu. Tak pe CPP boleh tolong menjawab pertanyaan kamoo tu. Pening yer memikirkan ape yg purple sangat CPP ni?

Okla CPP ni bukanla terlalu obses sangat dengan kaler purple ni. Cume CPP lebih suke ape saje yg berwarna purple. Warna lain pun suke jugak. Tengokla barang nyer mcm mne. Kalau pakaian tu, kalau rasa CPP ok untuk memakainyer, CPP akan decide jugak untuk memilih selain purple.

CPP mula minat purple semenjak CPP tengok cerita lakonan sharifah amani "selamat pagi cinta". Kat dalam cerite tu dia mengenakan semua baju berwarna purple.Sangat kiut dia dah lah orangnyer cumei. So dari situla dtg minat.



Ok untuk yg ambil berat dan sangat perihatin tu. Insyallah CPP akan update barangan berwarna purple yg CPP ade ye. Don't worry. Thanks la sebab kepoci mengambil tahu.

Friday 16 December 2011

Melempeng

Salam jumaat kawan blogger's. Malam ni nak nonton maharaja lawak mega. Sebelum tu kene masak dulu. Kene lekas masak ni. Nak layan tv la. Peminat saehu, boboi, and osbon. So tak nak la lepas peluang nonton.
Nak masak ape ye? Idea tolongla datang.....please la idea....mana ekau pergi hah....No idea really..let ask my kido's suggest. So kido's wanna eat lempeng...Wah great idea....Ok mama siapkan lempeng....let's enjoy our dinner.


Bancuh tepung lempeng secukupnyer..


Bolak balikkan (kate org jawe)


Kuah kari ayam..ermmmm
Lempeng simple
Bahan-bahan Tepung lempeng :-
1. Tepung gandum.
2. Air
3. Garam

Bahan-bahan Kari Ayam:-
1. Bawang merah blender.
2. Bawang putih blender.
3. Cili kering blender.
4. Serbuk kari.
5. Santan.
6. Daun kari.
7. Kayu manis dan rempah ratus.
8. Garam / Aji

Cara masak lempeng :-
1. Bancuh tepung dengan air.
2. Masukkan garam.
3. Gaul rata dan sebati.
4. Mula goreng atas kuali leper dan ratakan ikut kesukaan.
5. Pastikan atas dan bawah masak. Siap.

Cara masak kari ayam :-
1. Tumis semua bahan blender, kayu manis dan rempah ratus hingga garing.
2. Masukkan serbuk kari.
3. Masukkan santan cair.
4. Masukkan ayam dan gaulkan hingga ayam jadi lembut.
5. Masukkan santan pekat, garam, aji hingga mendidih. Siap.

*melempeng sesekali memang membestkan*

Dah Jumaat ..


Alhamdulilah diizinkan Allah untuk meneruskan hidup. Masih bernafas dalam keaadaan sihat. Alhamdulilah bersyukur CPP dah hari jumaat. Sekejap nyer masa berlalu. Harini rutin harian bermula macam biasa. Cume pagi ini CPP mendapat berita dari seorang teman tentang kebakaran yang berlaku di awal pagi pukul 2.00 melibatkan sebuah kilang disini. Nama kilang terpakse di rahsie kan. Kesiannya CPP kat pekerja² yang bekerja disana especially untuk sahabat CPP bernama Lina.

Kepada Lina, CPP harap bersabar dengan dugaan ni. Insyallah kalau ade rezeki, Lina dengan pekerja yang lain dapat tempat baru menggantikan kilang yang dah terbakar tu. Dengar cerite dah dapat kilang baru lagi GAH, lagi CANTIK. Alhamdulilah ade juga tempat mencari rezeki yang sama tapi bangunan baru. Bagusla tu kan. Kita ni bekerja kalau boleh nak 1 tempat je. Kalau pindah randah atau asik bertukar² je dah macam x de tujuan pulak. Betul tak? Kalau betul ape yg CPP dengar ni bagusla. Boleh tersenyumla sahabat CPP Lina ni. Alhamdulilah.

*bukan senang nk sesuaikan diri dengan suasana kerja baru. lagi² kalau pindah kerja lain, belum tahu environment nya* 

Thursday 15 December 2011

Special "GIFT" belongs to....................

Bismillahirahmanirahim. Alhamdulilah cukup follower's CPP yang pertama hingga kelima. Terima kasih pada kamoo yang sudi follow CPP. Kepada follower keenam dan seterusnya, jangan pulak kecik hati sebab CPP janji nak kasi yg pertama hingga kelima saje untuk kali ini. Insyallah kalau ada rezeki dan panjang umur, CPP akan bermurah hati lagi memberi gift untuk kamoo , kamoo dan kamoo yang menjadi follower's CPP. Dengan ini CPP umumkan "SPECIAL GIFT BELONGS TO "

1) Iza Azuwa
2) Arini Eva
3) Mama Gee
4) mamaLUV
5) Kren

Tahniah kepada kamoo ber5. Seperti yang dijanjikan GIFT akan dihantar pada bulan JANUARI selepas 10hb. Sila beri kerjasama kepada CPP untuk mementioned kan alamat anda di entry ini atau di email CPP loveviolet83@gmail.com. Terima kasih sekali lagi cik puan - cik puan semua. Jangan jemu memFOLLOW CPP ye. Sembarang komen, cadangan, kutukan, supportTAN amat diperlukan (hehehe) sekian.

*alhamdulilah tercapai hasrat*

yeayy.. dah ade follower


Salam hari khamis teman² sekalian. Korunk buat ape tu yer. Dah makan tengahari? CPP harini makan nasi, ayam kari tapau dari rumah. Masak sendiri jimat, dan bersih. Alhamdulilah kenyang. Makan share² dengan officemate kak fiza.

Gembirenyer rasa ada juga follower yang sudi memfollow CPP. Follower pertama Cik Puan Iza Azuwa, follower kedua Cik Puan Arini Eva follower ketige Cik Puan Gee. Thanks a lot pada korunk yang support CPP. Untuk pengetahuan semua, mereka ni adalah follower setia blog pertama CPP dulu.  Oleh kerana mereka 3 diantara 5 orang follower yang CPP janji nak bagi gift tu, dengan ini di umukan ada lagi 2 gift untuk kamoo..kamoo yang sudi memfollow CPP.

Gift ape? Tak boleh la CPP bagi tau. Biarla rahsie. Sampai mase nyer nanti CPP umumkan yer. Gift nyer tak de la sampai kasi i-pad ke bercuti di London , Paris ke hehehe...Just small gift yang insyallah follower's bertuah ni akan suke.

Jadi untuk Cik Puan Iza Azuwa , Cik Puan Arini Eva dan Cik Puan Gee sila la hantarkan alamat anda di entry ini ye. Untuk anda bertiga ada 2 rangkap pantun khas buat kamoo bertiga, berbunyik begini :-

TERIME KASIH DAUN BUNGE ROS
JANGAN LUPA FOLLOW CPP TEROS

kekekekkekekekek.......

*alhamdulilah satu permulaan yang baik*

Wednesday 14 December 2011

First Gift [ Followers Pertama ~ Kelima ]

Salam hari rabu. Sekarang ni CPP keudara di opis bertemankan CCTV dan kertas² A4 yang berlambak². Sebenarnya kerja yang melambak² ni sangat merisaukan mata menengoknyer. Menjammed kan otak jugak. Jadi berehat sebentar bersama kit-kat ( blog² dan muke buku.)

Perasan atau tak? Kadang² kalau asik terjah blog dan muke buke, kite pun akan rase bosan. Tulah yang berlaku kat CPP. Tak tau kenape " rase boring plak tengok facebook ngn blog lelame ". Macamana plak dengan kamoo..kamoo dan kamoo?? Ada tak time² nyampah nk berFB n BLOG? Kalau ade, cube buat bende lain, agak² dah macam sasau sket cari semula FB ngn BLOG. Hehehe.
{ Untuk pengetahuan semua, semasa entry ini ditulis, CPP mmg tgh bengong yg amat }

Sebenarnya CPP ade jejalan ke rumah blogger's laen. Selalu meninggalkan jejak, tapi rasenyer untuk blog CPP yg baru ni, macam takde sesape yg perasan kewujudan blog ni. Kesian kan? Tengokla followers pun takde. Ni tak leh jadik nih, kene cari jalan supaya ada followers yg sudi memFOLLOW CPP.

Dengan itu secara rasminyer CPP nak umumkan.......follower's pertama hingga kelima akan mendapat GIFT dari CPP. Sangat mudah yer, tak perlu banner, tak perlu sembarang komen, Just follow saje. Gift nyer biarla rahsia....berkuat kuasa pada hari ini 14/12/2011 sehingga 10/01/2012


So pelagi...lekas la memFOLLOW me.....




*kkdg kene cari jalan lain untuk capai sesuatu*

Tuesday 13 December 2011

Alkisah buku nota

Salam malam rabu cik puan² sekalian. Sejak menjak ni CPP rajin on9 malam tanpa diperhatikan oleh CCTV. Rasa bebas nak beron9. Tak perlu nk curik². Tapi kebebasan beron9 ni hanya sementara. Sebabnya buku nota yg sedang digunakan ini adalah pinjaman sementara.

Alkisah buku nota ni, ownernyer nak let go dengan harga yg murah. So CPP mintak la pinjam dan bermanje2 dulu dengan buku nota ni. Saje ngeTEST ok x buku nota ni. Kalau ok, niat hati nak belikan untuk abang azri. Buat CPP pulak, insyallah kalau ade rezeki nak cari la i-pad uuuppsss yg mana CPP mampu la. Itu pun kalau ade rezeki. Mudah-mudahan. Amin.

Ok malas nk menaip panjang lebo, jumla PARK..






*dh namenyer pinjaman,opkos hanya sementara kan?*

Dinner ape heh??

Salam selasa. CPP baru lepas masak dinner ni. Menu malam ni mee sop request by Incik papa. So lepas je waktu kerja, sepantas kilat CPP ambik kido's dan menDRIVE balik ke rumah. Sesampai di rumah, CPP menjalankan perkara wajib iaitu mandi dan solat. Bende wajib dah buat, apelagi lelekas la ke dapo. Bahan2 dah siap sedia, so apelagi let's gone.....let's dance.....let's masak ler... Jom PARK..




Ini kegemaran abang Azim.
Mee sup
Bahan-bahannyer :-
1. Bawang merah kisar.
2. Bawang putih kisar.
3. Halia kisar.
4. Sup bunjut.
5. Rempah sup.
6. Kayu manis.
7. Tauhu.
8. Ayam.
9. Mee kuning.
10. Sayur sawi.
11. Taugeh.

Cara masak :-
1. Tumis semua bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan juga sup bunjut dan kayu manis hingga wangi.
3. Masukkan rempah sup gaul sekejap dan masukkan air.
4. Masukkan ayam dan tauhu. ( Tauhu tu goreng terlebih dahulu, kalau x nak goreng pun tak ape )
5. Hingga ayam empuk masukkan lagi air, garam, aji.
6. Masukkan sayur ketika kuah sup mendidih.
7. Bila sayu agak masak matikan kuah sup tadi.
8. Celurkan mee kuning dengan air panas dan toskan.
9. Ambil mee dan tuang kuah sup. Siap.

psst :// sambal kicap tu cili dan bawang putih di goreng dahulu lepas tu ditumbuk yer. Pastu masukkan kicap dan gula gaul2 kan..SIAP

*alhamduliah kenyang.ape pulak rezeki esok*

Monday 12 December 2011

Baby fan ready!!!!!

Salam isnin wahai teman dan sahabat blogger. Hari ni CPP tak berkerja sebab CPP diminta hadir ke hospital besar Pontian untuk mengambil surat pakar. Rasanya untuk up-date story de mory tu biarlah dulu sebab refer pakar insyallah 20hb ni. Hopefully semuanya berjalan lancar. Amin.

SEBAB KE HOSPITAL? Ermm nantila CPP cerite yer. Harini nak story pasal baby fan. Ape baby fan tu? Alaaaa... tu kipas biase je.Cume ianya sangat cumei. CPP rembat kat Home exhbition kat persada. Selame ni kat dapur memang tak de kipas. Kesian Incik papa dan my kido's. Kalau makan tu berpeluh-peluh. Yela, ape taknyer makan bende panas-panas pastu kene plak menu tu pedas. Tak ke berasap? So kami decide kene beli 1 kipas khas utk dapo.

Tapikan kipas kat dapo ni sangat memeningkan kepale nak memasangnyer. Ape taknyer kalau beli kipas pasang kat syiling, mesti tak boleh sebab kabinet dapo tu ngam2 dengan kipas sure kene bilah kipas tu. Nak guna kipas berdiri, rasenyer sangat sempit la untuk dapo yg sekangkang kere tu. Kalau nk pasang kipas dinding pun satu idea yg baik, tapi sejak CPP duduk rumah sendiri ni, perkara yang paling tak suke ialah menebuk dinding rumah. Yela dah rumah sendiri rase sayang plak nak tebuk sane sini. So dah terlanjur ke exhibition tu, bile terjumpe baby fan yg sangat cumei ni. Ada 3 kaler, hitam, putih & merah. So rembat warna hitam sebab, nk letak dapo opkos cepat berhabuk kan? Jomla PARK...



*Lepas ni leh lah makan sefamily dengan nyaman. Alhamdulilah*.

Sunday 11 December 2011

York...kembali ke sekolah

Salam ahad blogger's. Petang-petang camni tak de buat ape-ape. Ape rancangan cik puan-cik puan semua? Ade yg tengok wayang ke? Almaklumla kan Malaysia sekarang dilanda demam ombak rindu. CPP blom tengok lagi tau. Almaklumla kalau pergi tengok wayang kene bawak kido's ni. Kalau si abang azri & abang azim ni adela excuse lagik..Kene si tecik nih buat perangai dalam panggong wayang tu..tak ke haru? Ade CPP pulak yang berombak kencang nanti. Sesilap CPP yang buat wayang ongbak 2 + ongbak 3 dicombinekan sekali.

So "KAMI' merancang untuk berjimba-jimba sesambil membeli peralatan sekolah. Tak banyak yang dbeli memandangkan barang yg lama masih boleh diguna. Memang CPP rase hanya barang yang perlu saje patut dibeli. Selagi masih boleh dgunakan cube elakkan dari membeli yg baru. Alhamdulilah kido's pun faham pabile CPP terangkan. So bajet pun boleh diatur dengan baik.

"KAMI" tidak membeli barangan di tempat-tempat yg mahal dan branded. Kami akan survey perkakas sekolah samada di PASARAYAKU, ECONSAVE @ SAKAN. Setelah habis meRIKKI pilihan yang paling ekonomi ialah SAKAN. So incik papa n cik puan mama decide berbelanja kat sana saje. Jumla PARK...




*sangat berbaloi*

Weekend menu

Salam pagi ahad. Terlalu excited CPP harini bila dapat beronline dirumah. Yela kan selame ni nak on9 memang kat upis je curik2 waktu kerje. Padahal kat upis cctv terpacak atas kepale. Dapat on9 ni pun hasil pinjaman sementara notebook adik dan hotspot yg akses kan 1 hari percume (kirenyer ni testingla, kalau ok boleh continue guna..kalau line cam siput sedut, terpaksela gune perkhidmatan lain)

Ok aktiviti harini berjalan dengan lancar. At first kene buat rutin mingguan iaitu mewangikan rumah. Hehehe, bila rumah dh wangi, boleh la bersilat kat dapo plak. Menu arini ikan pari goreng berlade. Layan jela menu tu sebabnye mood memasak agak ke parit harini. Keke..jumla jengah dapo MASTER CHEF uuppsss..dapo CPP  la....york RIKKI..


Ini bumbu nyer ye.. cik puan-cik puan semua. Ade yang nak tahu bumbunye ke? Ok bumbu nye ialah...jum cekidot : Bawang besar, bawang putih, serai, cili padi, halia semua bumbu ni ditumbuk halus ye.



Ikan pari ni digoreng menggunekan minyak, ikan tu digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.



Ni plak ikan goreng yang dah dimasak bersame-same bumbu yg dtumbuk tadi. Silalah campak-campak hingga ikan dan bumbu mesra alam yer. Kalau CPP masak, suke bebenolah campurkan dengan daun limau purut. Tapi dek kerane malas nk ke kedai, tak wujudla daun limau purut tu dlm masakkan ni.


Ni pulak sayur sawi masak lemak. Incik papa yang request. Katenyer anak-anak boleh makan.Almaklum ler anak-anak CPP suke bebeno makan berkuah.


Ok so menu weekend, ikan pari goreng berlada + sayur sawi masak lemak. Ikan pari yg tak dimasak bersama bumbu tu opkos la untuk my kido's.


Ok ni CPP intepremkan incik papa yang tak suke bergambo, tapi suke mengacau CPP mase masak. Tapi  incik papa ni suke mengacau puan mama semasa makanan dikuali itu hampir masak dan sedia untuk dihidang. Katenyer biar dia menjadi juri ...Hishhh APEKAH?????

* alhamdulilah rezeki harini, esok makan ape pulak ye*

Saturday 10 December 2011

lagiiii BEZZ

Lagi best wooo....oooo....
Lagi best woooo...oooo....
Lagi best woooo...oooo...
Jom nyanyi same²..Hehe ni lagu produa kan. Incik Hubby dan CPP memasang angan² utk meminang... (bukan meminang Cik puan baru untu Incik Hubby yer TETAPI meminang kereta baru untuk keluarga KAMI) Masih membuat list samada :-

List a.k.a verangan yang melampau
  1. Produa ALZA
  2. Proton EXORA
  3. Nissan GRAND LIVINA
  4. Produa BEZZA

Psstt : Dah tengok ke Produa BEZZA?? Jum cekidot..cekidot...





*sudah² ler verangan tu..aiishh*

Incik Nuffnang

Assalamualaikumwarahmatuallahiwabarakatuh. Alhamdulilah bekesempatan untuk menaip lagi diruangan ini. Untuk pengetahuan kamoo. Sebenarnya dan actually, cik puan pe'pel ni ada blog yang lama iaitu http://purplecrazz.blogspot.com/. Oleh kerana blog ini amat dan amat dan amat menyerabutkan pada akaun log-in, jadi dengan rase sedih dan hibanye terpakse ditutup blog itu. Banyak masalah negare yang melande dalam akaun lama tu diantaranya :-

1. Unit pemasangan iklan Nuffnang tidak dapat dipasang kerana akaun itu sudah berdaftar sebanyak 2 kali. Jadi, cik puan pe'pel tidak dapat memasang unit iklan itu kerana pihak Nuffnang mendapati cik puan pe'pel bukanlah pemilik blog tersebut. Telah banyak soalan dan khidmat nasihat dihantar ke help desk. Setelah tiada jalan penyelesaian selame setahun, dengan rasminye blog itu ditutup.Itu yang menghairankan kenapa cik puan pe'pel bukan owner blog tersebut sedangkan memang sayela ownernyer. Mungkin passwood atau details yg salah menyebabkan hal itu terjadi. (Atas kesilapan cik puan pe'pel sendiri agaknyer).

2. Layout yang digunakan setelah ditukar, ianya menjadi sangat serabut dan terburuk diabad ini. Tak sedap mate memandang, lagi berat bahu yg memikul (tu peribahasa yang pentingnyer " siape suruh ekau gatal tangan nuko sane nuko sini?, padan muke ekau " huhuuu...

Untuk menjadikan kelahiran blog ke-2 ini sukses, CPP (cik puan pe'pel) telah belajar dari kesilapan. Segala butiran dicatatkan bagi mengelakkan perkara yg buruk berlaku lagi sekali. Bak kate pepatah omputih  "banana fruit cannot bear fruit 2 times" ahakkkssss (bengong sungguh mu).

Sekali lagi CPP cuba masukkan unit iklan nuffnang ke blog ini. Mula² tu memang la tak boleh jugak. Sehinggakan datang seorang penyelamat iaitu owner blog bagi cik mek molek YATI. Dia yang menyarankan CPP view ke blog tutorial di sini http://calipso-tutorialblogger.blogspot.comcara-pasang-iklan-nuffnang.html/.
Setelah mencube, alhamdulilah akhirnye berjaye. Suke....suke...suke..suke..ye..ye...ye.....nak lompat² atas meje muleh tak? Selain itu, tak lupa jugak CPP mendapat tunjuk ajar dari kak gee. Terime kasih yang tak terhingge pada uols berdua yer.

*Suke sangat nieh, berjaya akhirnya.Yiahoooooooooo*

Friday 9 December 2011

Episod pengenalan



Dengan lafaz bismillahirahmanirahim. Alhamdulilah tercipta ruangan ini untuk tatapan "KAMI" mencoretkan sebuah kenangan yang tak mungkin dipadam. Disini "KAMI" dapat meluahkan isi hati, berkongsi rasa, mencoret kenangan, menggamit nostalgia untuk dikenang selamanya. Disini segalanya bermula. Jom bersama-sama menjengah destinasi perjalanan "KAMI".


Ini incik papa. Hobi nyer berjalan² dan makan. Incik papa ni berumur 36 tahun. Dia sangat tak suka bergambar. Tapi selalu puan mama pakse.



Ini  puan mama. Hobinyer macam² ada ASTRO. Puan mama ini sangatla GIGAM (gile gambo). Tak yah pakse² automatik dia akan inteprem. Ahakss.



Ini abang azri n abang azim. Mereka sangat suke berjalan sambil makan sambil beli mainan. Hobi mereka ialah berlari kesane kemari tanpa mengenal penat. Puan mama akan selalu TRANSFORM menjadi bini TARZAN disebabkan mereka .(untuk pengetahuan am)




Ini pulak adik alfi. Hobinyer tengok BABY TV. Tanpa BABY TV sehari, dia akan menjadi resah gelisah. Bak kate orang (orang yg kate), time susu BABY TV, lepas mandi BABY TV, tetido pun depan TV menonton BABY TV tanpa JEMU... Lastly abang azri & abang azim akan bergado dan berebut REMOTE...haiizzz..

*pesanan penaje kopi cap ayam - Inilah keluarga "KAMI"*