Cik & Cik puan yg vogue de' vast

Wednesday, 28 December 2011

Dinner ape ye CPP malam ni??

Assalamualaikum...Malam ni cadangnya nak masak ayam kari bersama sayur kacang panjang goreng sambal. Tapi sebenonyer CPP nak citer topik semalam. Alkisah nya semalam CPP tergopoh gapah balik dari office, sebab anak² request nak makan tomyam. Alahai anak² ni mementangla mama ni bibik yang bisa order saja, kamo pun order saja ya. Siap call " mama!! azri ni. mama balik cepat la, azri nak makan tomyam" Aduyaii la anak. Mama ni no choice lor. Kene merajinkan diri masak untuk kamoo.

Cik puan² semua, nak kongsi resepi masak tomyam yang sangat simply siti  khas buat cik puan² yang bekerja dan sangat² tak cukup masa. Caranya kan potong semua sayo²ran, lepas tu bawang besar potong bulat², bawang putih ketuk², cili padi ketuk², serai ketuk², asam keping, kiub tomyam, itu je cik puan². Kite rebus ayam sampai empuk pastu tumis bahan potong & ketuk tadi lepas tu campak bahan lain, lepas tu letak air, garam, dan masukkan ayam renihkan sehingga mendidih dan naik bau.  PASTU agak² dah wangi dan perot rase lapo teramat dek kerana bau tomyam tu, sila la matikan api, hidangkan dan makan. Sekian ye cik puan². Ketemu lagi di episod akan datang bersama CPP dalam rancangan ketuk² campak² .

Haha...buat entry ni sambil menaip sambil tersengih. Orang jawe kate "bocah iki kok biegoo" walah..layan york gambo.



Tomyam merah request by abang Azri
Bahan-bahannye:-
1. Bawang merah potong bulat.
2. Bawang putih ketuk.
3. Lada cili ketuk.
4. Asam keping.
5. Serai ketuk.
6. Tomato blender.
7. Kiub tomyam
8. Garam / Aji
9. Apa saja sayur yang kamoo mahu letak.
10. Ayam ( seafood pun boleh ye..ikut suke kamoo la)

Cara masak:-
1. Tumis bawang merah, bawang putih, cili, serai, daun limau hingga naik bau.
2. Masukkan kiub tomyam, asam keping.
3. Masukkan air.
4. Bila air mengeleggak, masukkan ayam hingga masak.
5. Last sekali masukkan sayur agak masak. Tutup api dan SIAP.

*bagusla bila air tangan kita, ade yg sudi menjamahnyer*

2 comments:

Mama Gee said...

perghh byk tul masak cam nk wat kenduri kecik..hehe

best tgk...byk cendawan...i loikeee

cik puan pe'pel said...

hehe..kite kalau masak memang sekuali penuh.kerja kak sekali dengan tapau bawak gi keje, ade gak bagi jiran.