Cik & Cik puan yg vogue de' vast

Tuesday, 13 December 2011

Dinner ape heh??

Salam selasa. CPP baru lepas masak dinner ni. Menu malam ni mee sop request by Incik papa. So lepas je waktu kerja, sepantas kilat CPP ambik kido's dan menDRIVE balik ke rumah. Sesampai di rumah, CPP menjalankan perkara wajib iaitu mandi dan solat. Bende wajib dah buat, apelagi lelekas la ke dapo. Bahan2 dah siap sedia, so apelagi let's gone.....let's dance.....let's masak ler... Jom PARK..




Ini kegemaran abang Azim.
Mee sup
Bahan-bahannyer :-
1. Bawang merah kisar.
2. Bawang putih kisar.
3. Halia kisar.
4. Sup bunjut.
5. Rempah sup.
6. Kayu manis.
7. Tauhu.
8. Ayam.
9. Mee kuning.
10. Sayur sawi.
11. Taugeh.

Cara masak :-
1. Tumis semua bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan juga sup bunjut dan kayu manis hingga wangi.
3. Masukkan rempah sup gaul sekejap dan masukkan air.
4. Masukkan ayam dan tauhu. ( Tauhu tu goreng terlebih dahulu, kalau x nak goreng pun tak ape )
5. Hingga ayam empuk masukkan lagi air, garam, aji.
6. Masukkan sayur ketika kuah sup mendidih.
7. Bila sayu agak masak matikan kuah sup tadi.
8. Celurkan mee kuning dengan air panas dan toskan.
9. Ambil mee dan tuang kuah sup. Siap.

psst :// sambal kicap tu cili dan bawang putih di goreng dahulu lepas tu ditumbuk yer. Pastu masukkan kicap dan gula gaul2 kan..SIAP

*alhamduliah kenyang.ape pulak rezeki esok*

2 comments:

Mama Gee said...

perhhh inilah menu terbaek time hujan....

cik puan pe'pel said...

tau x pe..dah la skrg ari² ujan..anak² suke berkuah kak. nak buat mee goreng mulenyer, terjadi mee berkuah pulek..