Cik & Cik puan yg vogue de' vast

Tuesday, 31 January 2012

CNY "BBQ"

Syukur alhamdulilah sampai CPP ke hari selasa bersamaan 7hb rabiul awal 1433H. Masih dapat bernafas di bumi Allah. CPP harini nak bercerita pasal BBQ time with all Ecotexfurn family. My incik bos belanje makan sempena CNY. Syioknyer dapat makan free. Dapat angpaw. Semoga rezeki seluruh keluarga Ecotexfurn murah dan berlipat kali ganda. Amin.

Petang sabtu lepas kami BBQ kat depan kilang. Ok la kan dari tak de. Memang meriah la. Tengok gelagat foreign worker yang sangat happy. Kesian diorg duduk jauh dengan family. At least bila ade majlis macamni, takla diorang rasa sunyi.

Aktiviti kami pada hari tu of course la berBBQ, "angpaw lai" dari incik bos, lucky draw, dan makan-makan time. CPP tak berape nk makan la sebab tgk kambing..Eii dah pening dah tengok kambing. Tu baru tengok belum lagi makan. Kalau makan confirm pengsan. Hehe...So let's layan da picca...


CPP tukang nengok jek yer.....siap bru makan..tengokla badan semangat ke tidak?? huhu...


nilah mereka² yg jauh dengan family


Orang kuat office


Ecotexfurn family


Kak fiza sesatunyer officemate CPP...yg plg rapat



Tak rela ai makan sate kambing ni.

*bagusnyer bos aku ni*

Friday, 27 January 2012

Mee bandung provide by "CPP"

Assalamualaikum. Alhamdulilah sudah menjengah ke hari Jumaat. Ya ALLAH!! Alhamdulilah kerana engkau masih memberi peluang untuk aku bernafas di dunia MU.

Entri CPP harini berkisar tentang menu masakkan paling "ngetop" yang bisa CPP masak. Bukan CPP yang kata erk...orang-orang yang kate.. CPP menerime pujian dengan hidung yang mengembang. Eekekeke...

Alkisah tersebutla kisah, ruangan FB CPP di album DARI DAPUR telah menerima sambutan hangit. Ramai  ade beberape yang bertanya tentang resepi my MAMA iaitu MEE BANDUNG... Ok..ok..CPP tak lokek ilmu tau. CPP must share with kamoo..kamoo..So CPP namakan masakan ni.

Mee Bandung Mama

1. Udang pepai digoreng dan di kisar.
2. Kacang tanah digoreng dan di kisar.
3. Cili kering di kisar.
4. Bawang merah di kisar.
5. Bawang putih di kisar.
6. Sos cili.
7. Sos tiram.
8. Air
9. Gula , garam , aji.
10. Telur
11. Udang, ayam.
12. Tauhu.
13. Sayur sawi, kobis, taugeh

Cara memasak :-

1. Tumis semua bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan kacang tanah & udang.
3. Masukkan cili sos, tiram dan tambah air hingga mendidih.
4. Masukkan ayam dan udang.
5. Masukkan gula, garam, aji.
6. Pecahkan telur ( pastikan telur tak pecah yer supaya nampak cantik bila diangkat )
7. Celur mee kuning, sayur pun dicelur supaya nampak hijau. Jangan masuk dalam kuah bandung.
8. Toskan mee dan sayur.
9. Mula hidangkan mee kuning, letakkan sayur dan last sekali tuang kuah.
10. Jangan lupa taburkan daun sup / daun bawang. Bawang goreng, cili hiris, and very important is limau sambal. Ok SIAP.

Jum skodeng MEE BANDUNG MAMA CPP..



*adeh lapo lak..sedapnye makan panas-panas*

Thursday, 26 January 2012

Cuti-cuti CNY


Assalamualaikum. Salam hari khamis. Pagi ni CPP di office. Ya Allah penat nya rasa badan ni. Ngantuk nyer jangan cakapla memang sesangat mengantuk. Hari ni CPP dah bekerja. Boring dan bosan. Hati masih dirumah. Tapi nak buat macamana. Dah kene kerja kan kenela bekerja dengan ikhlas.

Entri kali ni CPP nak cerita aktiviti CPP masa cuti CNY. Incik papa bawa CPP ke waterfalls kota tinggi. Seingat CPP, last CPP pergi sana masa CPP berumur 6 tahun. Lama gile tak ke sana. Banyak betul perubahan yang ada kat sana. Ada chalet, ada homestay, kedai makan dan minum, permainan air. Tapi masa CPP pergi sana, ramai sangat orang. Yela kan public holiday fuhhh..sesak dan rasa tak seronokla. Semua tempat full. Terpakse kongsi space.

CPP pulak tak de mood nak mandi. Just rendam-rendam kaki je. Memang tak dan la dengan orang ramai gile camtu. Yang pelik kaum yang beraya paling ramai. Dia orang ni raya memang tak sama macam kite kan? Kita beraya rumah sanak saudara. Dia orang plak time beraya memang full dengan aktiviti melancong. Tak reti nak raye ke ape?? Hurmm...

Jomla skodeng...






CPP punya photo tak ada. It's because CPP adalah jurukamera. Tak ade sape yang nak ngambik gambo CPP. Sekian.

*Tempat best tapi tak best sebab ramai orang*

Sunday, 22 January 2012

"Weekend" menu


Assalamualaikum. Alhamdulilah dah ahad. Harini merupekan hari kedua CPP bercuti sempena CNY. Dan 2 hari ini jugak la CPP dan anak-anak tak kemana-mana sebab Incik papa masih bekerja. Malam ni baru Incik papa cuti. Yeayyyyyyyyyyyy....leh ajak Incik papa jejalan. Tapi...mahu kemana ya??? Ermmm tengokla nanti kut-kut Incik papa ada cadangan.

So pagi ahad macam biasalah mengemas rumah, mencuci, mengemop, memasak. Alhamdulilah dah siap makan tengahari pun. Lauk ape yer?? CPP masak ringkas je. Sebab malam ni nak tengok bunge api. Kompem-kompemla x masak kan. Tapi rasanya sampai petang cukup lauk tu kalau ade sesape nak "mentong" boleh la. Harap-harap bukan CPP la yang mentong tu. CPP keep fit nih..Sedey tolla menengok diri ini semakin mengembang dengan pesatnyer. Lagi sedehhhh...timbang naik 2 kilo. Sape nak jawab yop??? Meh la PARK..


Ikan goreng lada hitam ni,
Bahan-bahannye :-
1. Bawang besar potong bulat.
2. Bawang putih potong tipis.
3. Halia potong tipis.
4. Cili besar hiris tipis.
5. Lada hitam tumbuk.
6. Daun limau purut.
7. Sos tiram
8. Garam

Cara masak pulak :-
1. Ikan tu kene goreng dulu ya cik puan.
2. Kemudian tumis bahan yang dipotong sehingga naik bau. Jangan lupa letak daun limau purut.
3. Bila dah naik bau terus masukkan sos tiram dengan lada hitam tadi. Bubuh garam.
4. Letakkan air sedikit kemudian masukkan ikan goreng tadi. Gaul sebati dan mesra. SIAP.


Sambal goreng ni my Incik papa favourite.
Bahan-bahanya:-
1. Tempe potong dadu dan digoreng.
2. Kentang potong kecil dan digoreng.
3. Tauhu potong dadu dan digoreng.
4. Ikan bilis goreng.
5. Kacang panjang.
6. Cili hiris tipis.
7. Lada kering blender.
8. Bawang putih blender.
9. Bawang merah blender.
10. Bawang merah potong bulat.
11. Garam / Aji / Gula.

Cara masak :-
1. Tumis bahan blender hingga garing.
2. Masukkan garam dan aji.
3. Masukkan kacang panjang hingga separuh masak.
4. Masukkan semua yang digoreng tadi.
5. Kacau hingga sebati. Siap.


Tauhu dan kucai goreng.
Bahan-bahannya:-
1. Tauhu dipotong dadu dan digoreng.
2. Bawang kecik tumbuk.
3. Bawang putih tumbuk.
4. Ikan bilis tumbuk.
5. Daun kucai.
6. Garam / Aji.

Cara nak masak:-
1. Tumis bahan tumbuk sampai wangi.
2. Masukkan garam dan aji.
3. Masukkan sedikit air.
4. Masukkan tauhu goreng.
5. Masukkan daun kucai.
6. Gaul rata dan siap.

Siap untuk dimakan.
~ Ikan lada hitam bersama sos tiram.
~ Sambal goreng.
~ Tauhu dan kucai goreng.
~ Ikan goreng.

Simple kan??? Resepi ni senang untuk kamoo...kamoo yang baru nk belajar memasak. Selamat mencube.

*itu yg mampu mama masak*

Saturday, 21 January 2012

Friday, 20 January 2012

Today 2 years!!!!!


Assalamualaikum. Salam jumaat semua. Alhamdulilah dah jumaat pun. Kejap nyer masa berlalu. Harini last kerja. Esok dah cuti.Yeayyyyy...Cuti CNY yang panjang, mula 21~25. So 26 dah mula kerja macam biasa. Oraitla tu kan dari cuti 2 hari je. Ade jugak company cuti seminggu. Walauwey lame betul.

Harini nak story the mory pasal adik tecik. Anak mama and papa Alfi Izham Afiq dah 2 tahun. Kejap nya adik dah besar. Tak terasa pun waktu berlalu. Mama rasa, baru semalam mama pangku Alfi kat katil hospital. Sekarang ni dah 2 tahun pun. Adik dah berlari, dah tau bila diarah, pandai merintah mama, kuat mengamuk..ehehehehe..

Untuk adik, mama harap adik akan menjadi anak yang soleh. Menjadi anak yang betanggungjawab pada diri sendiri dan keluarga. Menjadi anak yang cerdik dan berguna pada masyarakat. Diberkati Allah di dunia dan akhirat.

" Selamat hari lahir adik. Mama, papa & abang-abang sayang adik di dunia hingga membawa ke akhirat "







*happy besdey sayang mama alfi*

Thursday, 19 January 2012

Work space


Assalamualaikum. Haaaaahhhhh...lagi satu hari mahu kilija. Tinggal esok saje. Hati sangat heaypi. Mahu cuti rehat-rehat. Sangat syiokk. Hati rasa heaypi, otak rasa kosong. Sebelum cuti, mari kita satu kali kemas tempat. Kasi cuci bersih, susun-susun kasi feel cuti . Kasi mood raya jugak. Wey!!! mari tengok i punyer timpat kelija. Mari-mari...








*tempat mencari rezeki*

Wednesday, 18 January 2012

Air tangan


Assalamualaikum. Salam hari rabu. Apa khabar reader's and follower's? Doa CPP kamoo sehat sahaje ye. Alhamdulilah menjengah ke hari rabu. Lagi 2 hari kerja lepas tu kite cuti panjang sempena cuti CNY. Yeeeeeaaaa]Banyak plan ni. Nak kesane, kesini, kesitu, kesinun, kesinan.Tapi kasihan itu hanya verangan saje. Sebenarnya bab jejalan ni tak yah plan. Sebab nyer kalau kite plan, pastu plan tu menjadi, gud-gud lor. Kalau tak jadi kan sakit hati dibueknye. Baik kite relax jer. Agak-agak nak jejalan terus bersiap. Tol tak?
Hokey namo citer panjang lebo. Meh park air tangan CPP untuk dinner malam tadi. (psstt...nak buat entry malam tadi dah malas, so continue kat ofis lor)





Itu dia Ikan Siakap masam manis
Bahan-bahanye (macam dalam gambar yang 1st tu hokey) :-
1. Bawang besar potong dadu.
2. Bawang kecik potong dadu.
3.Bawang putih cincang halus dan 3 biji diketuk.
4. Halia potong tipis-tipis.
5. Lada cili merah dan hijau potong bulat dan tipis.
6. Lada besar merah dan hijau hiris tipis bulat.
7. Asam keping.
8. Sos cili.
9. Sos tiram.
10. Lada kering blender.
11. Tepung jagung bancuh.
12. Telur pukul hingga kembang.
13. Gula, garam, aji.
14. Nenas dipotong dadu dan direbus. (Guna nenas dlm tin pun boleh)

Cara nak masak plak :-
1. Ambil ikan siakap celupkan dalam telur yang dah dipukul kembang.
2. Ikan dah dicelup telur terus di celup dalam tepung jagung yg dh dibancuh.
3. Goreng ikan di dalam minyak yang panas.
4. Siap goreng ikan, toskan minyak.
5. Tumis semua bahan yang dipotong dadu hingga naik bau.
6. Masukkan lada blender, sos cili, sos tiram, gula, garam, aji gaulkan hingga sebati.
7. Masukkan air nenas bersama nenas.
8. Masukkan daun limau purut dan masak sos ikan tu hingga menjadi pekat.
9. Siap sos tadi tuangkan atas ikan.



Kari tulang tu jiran depan rumah bagi + sayur tumis air + ikan siakap masam manis

*kene rerajin masak, sik makan kedai jer x besh*

Tuesday, 17 January 2012

Disuatu malam


Assalamualikum. Salam pagi selasa. Pagi ini CPP keudara di opis bertemankan kertas A4 yang melambak. Serta file-file yang tersusun rapi. Bunyi telefon yang tidak henti-henti. Bunyi fax yang membingitkan. Nasib baik ade suria fm yang sentiasa menemani CPP dari pagi sampai petang. Setiap hari CPP akan dengar live, suria fm ditambah pulak setiap pagi ada Kencana Dewi, Nabil and Halim. Hilang sikit tension bila ada radio ni.

Hokey CPP nak story seMALAM di Jusco Bukit Indah. CPP terime mesej dari Incik papa. Katenyer nak bawak kido's makan pizza hut. Puan mama hokey je. Set time and go. Jum skodeng.







*ermmm...beshh..lelagi papa yang belanje*

Monday, 16 January 2012

TQVM Incik "B"


Salam isnin. Untuk ke sekian kali nya CPP bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan rezeki di awal tahun 2012 ni. Terima kasih kepada Incik bos yang telah memberikan Incik B kepada CPP. Nampaknya wishlist ketiga sudah tercapai. Syukur alhamdulilah. Syukur sangat-sangat. Mungkin berkat kesabaran selama ini, wishlist yang tersenarai sudah pun CPP dapat. Alhamdulilah.


*Alhamdulilah. Lama tak tukar phone, selagi tak rosak memang tak beli phone baru*

uiiittsss..skodeng sape?

Assalamualaikum. Salam isnin blogger's and reader's. CPP agak di dalam mimpi pagi ni. Rasa macam belum bangun tido. Penat semalam belum hilang. Walaupun CPP tak kemana-mana, tapi cuti dan terperap di rumah lagi memenatkan sebab CPP tak boleh duduk diam, ade saje bende yang nak di buat.

Psstt..nak cerita sikit. Semalam ada jiran CPP datang ke rumah. Biasalah melawat jiran ni yang jarang keluo rumah, apelagi nak bercit-cat duduk berlonggok. Itu aktiviti yang CPP sesangat tidak gemar. Agaknya kalau kami yang bekerja ni, memang rasa duduk bercit-cat setiap petang tu adalah masa yang amat merugikan. Yela kite ni bekerja, balik nak rushing buat kerja rumah pulak. Pastu dah penat nak rehat plak. Mana masanya nak bercit-cat ngan jiran-jiran especially suri rumah sepenuh masa tu. Kehidupan kami berbeza. Kene faham la ye.

Jiran CPP datang ajak berbual, bertanya khabar. Sesambil tu sempat dia interview, eh! anak ko kecik-kecik tak kaco ke barang perhiasan ni? Lagi budak laki kan tak reti diam? Boleh pulak diorang tak kacau ye? Sempat pulak ko kerja, mengemas? Akak ni duduk rumah lagi malas tau. Baik kerja. Kalau duduk rumah memang malas tau asik nak tido je kejenyer.

CPP cume senyum dan cakap "yeke kak"? "Kite belum duduk rumah sepenuhnyer. Agaknya kalau duduk rumah pun malas gak kut". CPP nak sedapkan hati dia, dalam masa yang sama ingatan untuk diri sendiri. Mungkin kalau CPP berhenti kerja, CPP akan jaga anak orang jadi baby sitter atau ambil upah dengan menghantar dan mengambil budak sekolah atau CPP berniaga kecil-kecilan contohnya bukak stokis cosway di rumah. Itu semua hanya perancangan, insyallah kalau diizinkan ALLAH. Untuk berhenti kerja dan duduk saje-saje kat rumah tak mungkinla. Tak ada istilah duduk saja di rumah tanpa ape-ape aktiviti dalam kamus CPP.

Sebenarnya entry harini CPP nak cerita pasal si tecik adik Alfi. Masa CPP sebok bercit-cat dengan jiran tu, si adik Alfi ni mengacau lappy mama nyer. Ingatkan dia buek ape la kat lappy tu..ruper-rupenyer dia skodeng awek...adehhhhh......sape yang adik skodeng tu? Jum ngeCEK...



Ayookkkkkk....anak dare sape tu? Memang masa jiran CPP datang tu, CPP tengah online..dah jiran datang CPP tinggalkan la kejap lappy tu...eh!eh! tetau si tecik ni sempat pulak dia skodeng. Nampak dia skodeng, CPP snap picture la...hehe..Kepada mama ameera sofia, jangan marah mama alfi izham afiq ye. Sesungguhnya ini satu kebetulan.

*macam-macam ragam manusia & macam-macam juga ragam anak*