Cik & Cik puan yg vogue de' vast

Wednesday 18 January 2012

Air tangan


Assalamualaikum. Salam hari rabu. Apa khabar reader's and follower's? Doa CPP kamoo sehat sahaje ye. Alhamdulilah menjengah ke hari rabu. Lagi 2 hari kerja lepas tu kite cuti panjang sempena cuti CNY. Yeeeeeaaaa]Banyak plan ni. Nak kesane, kesini, kesitu, kesinun, kesinan.Tapi kasihan itu hanya verangan saje. Sebenarnya bab jejalan ni tak yah plan. Sebab nyer kalau kite plan, pastu plan tu menjadi, gud-gud lor. Kalau tak jadi kan sakit hati dibueknye. Baik kite relax jer. Agak-agak nak jejalan terus bersiap. Tol tak?
Hokey namo citer panjang lebo. Meh park air tangan CPP untuk dinner malam tadi. (psstt...nak buat entry malam tadi dah malas, so continue kat ofis lor)





Itu dia Ikan Siakap masam manis
Bahan-bahanye (macam dalam gambar yang 1st tu hokey) :-
1. Bawang besar potong dadu.
2. Bawang kecik potong dadu.
3.Bawang putih cincang halus dan 3 biji diketuk.
4. Halia potong tipis-tipis.
5. Lada cili merah dan hijau potong bulat dan tipis.
6. Lada besar merah dan hijau hiris tipis bulat.
7. Asam keping.
8. Sos cili.
9. Sos tiram.
10. Lada kering blender.
11. Tepung jagung bancuh.
12. Telur pukul hingga kembang.
13. Gula, garam, aji.
14. Nenas dipotong dadu dan direbus. (Guna nenas dlm tin pun boleh)

Cara nak masak plak :-
1. Ambil ikan siakap celupkan dalam telur yang dah dipukul kembang.
2. Ikan dah dicelup telur terus di celup dalam tepung jagung yg dh dibancuh.
3. Goreng ikan di dalam minyak yang panas.
4. Siap goreng ikan, toskan minyak.
5. Tumis semua bahan yang dipotong dadu hingga naik bau.
6. Masukkan lada blender, sos cili, sos tiram, gula, garam, aji gaulkan hingga sebati.
7. Masukkan air nenas bersama nenas.
8. Masukkan daun limau purut dan masak sos ikan tu hingga menjadi pekat.
9. Siap sos tadi tuangkan atas ikan.



Kari tulang tu jiran depan rumah bagi + sayur tumis air + ikan siakap masam manis

*kene rerajin masak, sik makan kedai jer x besh*

No comments: