Cik & Cik puan yg vogue de' vast

Tuesday 10 January 2012

Luahan hati

Salam malam rabu reader's and follower's. Thanks pada sesiapa yang sudi membaca. Kalau tak ada yang membaca pun CPP tetap berbangga dengan diri sendiri kerana dapat meluangkan sedikit masa setiap malam untuk mencatat perjalanan serta diari CPP sekeluarga untuk kenangan kami.

CPP akui sejak anak-anak sekolah ni, CPP sangat menghargai masa. Jadual disusun dengan begitu teliti. Berjanji pada diri sendiri jangan fail kan schedule yang dah disusun.

Ada suara-suara sumbang yang bertanya, eh! anak dah 3 kenapa kerja? Siapa jaga anak tu? Habis larat ke orang yang menjaga anak ko tu sampai 3 orang? Laa.....siang keje abis keje rumah boleh buat ke? Hish!!!! tak penat ke? Pepagi dah bangun, keluar rumah cepat nanti balik nak memasak, membasuh, layan anak lagi? Tak penat ke?

Ya Allah hanya DIA yang tahu bertape terkejar-kejarnya CPP menjalankan tanggungjawab sebagai isteri, mama dan pekerja. Buat masa ni CPP dah mengharunginya dengan tabah. Orang tak kan tau apa yang kita tanggung. Orang hanya tahu meyuarakan pendapat. Tapi yang menangungnya hanya kita.

Tak apalah cakapla ape saja yang kamoo mahu. Suarakan la pendapat bernas kamoo itu. CPP akan cube menerima dengan sebaiknya. CPP tak peduli dengan kata-kata kamoo itu. CPP hanya menjalankan amanah yang telah diberikan. Cube menjadi insan terbaik di mata NYA. Mencube yang terbaik buat suami dan anak-anak. Tak mahu memikirkan perkara yang sengaja direka untuk melihat kita jatuh. Terima kasihla pada kamoo.

*tak pernah meraih simpati dri orang lain. Ketike susah tiada siapa yang sudi menolong. Saat kite senang bergitu ramai yang menghimpit. Itulah lumrah manusia*

2 comments:

iza azuwa said...

betul tu ros,lau di ikutkn penat mmg x larat...kena tabah n kuatkn semangat..

Unknown said...

iza...tuhan je tau