Cik & Cik puan yg vogue de' vast

Friday, 27 January 2012

Mee bandung provide by "CPP"

Assalamualaikum. Alhamdulilah sudah menjengah ke hari Jumaat. Ya ALLAH!! Alhamdulilah kerana engkau masih memberi peluang untuk aku bernafas di dunia MU.

Entri CPP harini berkisar tentang menu masakkan paling "ngetop" yang bisa CPP masak. Bukan CPP yang kata erk...orang-orang yang kate.. CPP menerime pujian dengan hidung yang mengembang. Eekekeke...

Alkisah tersebutla kisah, ruangan FB CPP di album DARI DAPUR telah menerima sambutan hangit. Ramai  ade beberape yang bertanya tentang resepi my MAMA iaitu MEE BANDUNG... Ok..ok..CPP tak lokek ilmu tau. CPP must share with kamoo..kamoo..So CPP namakan masakan ni.

Mee Bandung Mama

1. Udang pepai digoreng dan di kisar.
2. Kacang tanah digoreng dan di kisar.
3. Cili kering di kisar.
4. Bawang merah di kisar.
5. Bawang putih di kisar.
6. Sos cili.
7. Sos tiram.
8. Air
9. Gula , garam , aji.
10. Telur
11. Udang, ayam.
12. Tauhu.
13. Sayur sawi, kobis, taugeh

Cara memasak :-

1. Tumis semua bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan kacang tanah & udang.
3. Masukkan cili sos, tiram dan tambah air hingga mendidih.
4. Masukkan ayam dan udang.
5. Masukkan gula, garam, aji.
6. Pecahkan telur ( pastikan telur tak pecah yer supaya nampak cantik bila diangkat )
7. Celur mee kuning, sayur pun dicelur supaya nampak hijau. Jangan masuk dalam kuah bandung.
8. Toskan mee dan sayur.
9. Mula hidangkan mee kuning, letakkan sayur dan last sekali tuang kuah.
10. Jangan lupa taburkan daun sup / daun bawang. Bawang goreng, cili hiris, and very important is limau sambal. Ok SIAP.

Jum skodeng MEE BANDUNG MAMA CPP..



*adeh lapo lak..sedapnye makan panas-panas*

6 comments:

MizzAniez said...

ala CPP awat hang x letak dgn detail bahan2 nak bt mee bandung tu..berapa byk diperlukan utk masak 1 hidangan mkn utk 2 org. kang den torai msk x jadi plak x ikut sukatan...heheheh..dah la den ni x pandai nak msk...hahahaha

arinieva said...

udang pepai tu camne rupenye mak esah

Mama Gee said...

sedapnyaaa......lama tak balik muar pekenaa mee bandung..
tp kalau gian sgt..pi pasar beli perencah mee bandung muar
hampir sama gak rsnya :)

CPP said...

alahai yunk..CPP masak tak reti sukat. CPP ni masak campak-campak je..hehe...

CPP said...

Udang pepai yg kecik² tu...ape ke namenyer udang kertas..ada tahu ka?

CPP said...

betul tu kak gee..mee bandung muo lagi best. tapi tak penah plak beli yg ready made. Rasanya banyak jual kan..? lagi senang tinggal masak je kan. Rasa pun not bad. Kawan CPP ade guna yg dah siap tu..Ok gak tip top...