Cik & Cik puan yg vogue de' vast

Sunday, 22 January 2012

"Weekend" menu


Assalamualaikum. Alhamdulilah dah ahad. Harini merupekan hari kedua CPP bercuti sempena CNY. Dan 2 hari ini jugak la CPP dan anak-anak tak kemana-mana sebab Incik papa masih bekerja. Malam ni baru Incik papa cuti. Yeayyyyyyyyyyyy....leh ajak Incik papa jejalan. Tapi...mahu kemana ya??? Ermmm tengokla nanti kut-kut Incik papa ada cadangan.

So pagi ahad macam biasalah mengemas rumah, mencuci, mengemop, memasak. Alhamdulilah dah siap makan tengahari pun. Lauk ape yer?? CPP masak ringkas je. Sebab malam ni nak tengok bunge api. Kompem-kompemla x masak kan. Tapi rasanya sampai petang cukup lauk tu kalau ade sesape nak "mentong" boleh la. Harap-harap bukan CPP la yang mentong tu. CPP keep fit nih..Sedey tolla menengok diri ini semakin mengembang dengan pesatnyer. Lagi sedehhhh...timbang naik 2 kilo. Sape nak jawab yop??? Meh la PARK..


Ikan goreng lada hitam ni,
Bahan-bahannye :-
1. Bawang besar potong bulat.
2. Bawang putih potong tipis.
3. Halia potong tipis.
4. Cili besar hiris tipis.
5. Lada hitam tumbuk.
6. Daun limau purut.
7. Sos tiram
8. Garam

Cara masak pulak :-
1. Ikan tu kene goreng dulu ya cik puan.
2. Kemudian tumis bahan yang dipotong sehingga naik bau. Jangan lupa letak daun limau purut.
3. Bila dah naik bau terus masukkan sos tiram dengan lada hitam tadi. Bubuh garam.
4. Letakkan air sedikit kemudian masukkan ikan goreng tadi. Gaul sebati dan mesra. SIAP.


Sambal goreng ni my Incik papa favourite.
Bahan-bahanya:-
1. Tempe potong dadu dan digoreng.
2. Kentang potong kecil dan digoreng.
3. Tauhu potong dadu dan digoreng.
4. Ikan bilis goreng.
5. Kacang panjang.
6. Cili hiris tipis.
7. Lada kering blender.
8. Bawang putih blender.
9. Bawang merah blender.
10. Bawang merah potong bulat.
11. Garam / Aji / Gula.

Cara masak :-
1. Tumis bahan blender hingga garing.
2. Masukkan garam dan aji.
3. Masukkan kacang panjang hingga separuh masak.
4. Masukkan semua yang digoreng tadi.
5. Kacau hingga sebati. Siap.


Tauhu dan kucai goreng.
Bahan-bahannya:-
1. Tauhu dipotong dadu dan digoreng.
2. Bawang kecik tumbuk.
3. Bawang putih tumbuk.
4. Ikan bilis tumbuk.
5. Daun kucai.
6. Garam / Aji.

Cara nak masak:-
1. Tumis bahan tumbuk sampai wangi.
2. Masukkan garam dan aji.
3. Masukkan sedikit air.
4. Masukkan tauhu goreng.
5. Masukkan daun kucai.
6. Gaul rata dan siap.

Siap untuk dimakan.
~ Ikan lada hitam bersama sos tiram.
~ Sambal goreng.
~ Tauhu dan kucai goreng.
~ Ikan goreng.

Simple kan??? Resepi ni senang untuk kamoo...kamoo yang baru nk belajar memasak. Selamat mencube.

*itu yg mampu mama masak*

2 comments:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

buah limau tak ada ker...

CPP said...

BSB : ada banyak ni. 3 kotak, meh la dtg sini.HIHI