"mama, buku dah dapat"
"mama cepatla tulis nama"
"banyak ma buku Azim"
"cube mama tengok, cube mama bace"
"mama ajarla Azim"
"mama cepatla ajar tulis, nanti cikgu tanya Azim tak tahu"
Okey sayang, mama tulis nama dulu lepas tu esok mama potostat yer..kat rumah boleh buat, kat sekolah pun boleh buat. Okey... (Lege sikit mama bila Azim faham, kalau tidak mahu semua buku nak di tulis, di lukis, di buat. Kalau boleh malam ni jugak nak habiskan semua buku yang cikgu bagi tu..sabo jela..)
CPP tak sangka sekolah tadika PASTI ni banyak subjek. Setahu CPP subjek yg Azim akan belajar ni sama standart dengan buku darjah 1 macam abang Azri dulu. Wah!!!! advance sungguh anak-anak sekarang ni yer. CPP rasa zaman CPP dulu 5 tahun masih duduk rumah, bangun lewat, botol dan bantal busuk dibawak kehulu kehilir. Tahunya masa tu main teddy. Sekolah umur 6 tahun kat tadika KEMAS je. Subjek masa tu pun cuma yang asas.
Harapan dan doa CPP semoga anak-anak CPP berjaya menjadi manusia berguna di dunia dan akhirat, Mudah-mudahan dimakbulkan diatas kehendak dan ketentuanNYA. AMIN...
*doa mama sentiasa buat anak-anak*
No comments:
Post a Comment