Cik & Cik puan yg vogue de' vast

Monday, 16 January 2012

uiiittsss..skodeng sape?

Assalamualaikum. Salam isnin blogger's and reader's. CPP agak di dalam mimpi pagi ni. Rasa macam belum bangun tido. Penat semalam belum hilang. Walaupun CPP tak kemana-mana, tapi cuti dan terperap di rumah lagi memenatkan sebab CPP tak boleh duduk diam, ade saje bende yang nak di buat.

Psstt..nak cerita sikit. Semalam ada jiran CPP datang ke rumah. Biasalah melawat jiran ni yang jarang keluo rumah, apelagi nak bercit-cat duduk berlonggok. Itu aktiviti yang CPP sesangat tidak gemar. Agaknya kalau kami yang bekerja ni, memang rasa duduk bercit-cat setiap petang tu adalah masa yang amat merugikan. Yela kite ni bekerja, balik nak rushing buat kerja rumah pulak. Pastu dah penat nak rehat plak. Mana masanya nak bercit-cat ngan jiran-jiran especially suri rumah sepenuh masa tu. Kehidupan kami berbeza. Kene faham la ye.

Jiran CPP datang ajak berbual, bertanya khabar. Sesambil tu sempat dia interview, eh! anak ko kecik-kecik tak kaco ke barang perhiasan ni? Lagi budak laki kan tak reti diam? Boleh pulak diorang tak kacau ye? Sempat pulak ko kerja, mengemas? Akak ni duduk rumah lagi malas tau. Baik kerja. Kalau duduk rumah memang malas tau asik nak tido je kejenyer.

CPP cume senyum dan cakap "yeke kak"? "Kite belum duduk rumah sepenuhnyer. Agaknya kalau duduk rumah pun malas gak kut". CPP nak sedapkan hati dia, dalam masa yang sama ingatan untuk diri sendiri. Mungkin kalau CPP berhenti kerja, CPP akan jaga anak orang jadi baby sitter atau ambil upah dengan menghantar dan mengambil budak sekolah atau CPP berniaga kecil-kecilan contohnya bukak stokis cosway di rumah. Itu semua hanya perancangan, insyallah kalau diizinkan ALLAH. Untuk berhenti kerja dan duduk saje-saje kat rumah tak mungkinla. Tak ada istilah duduk saja di rumah tanpa ape-ape aktiviti dalam kamus CPP.

Sebenarnya entry harini CPP nak cerita pasal si tecik adik Alfi. Masa CPP sebok bercit-cat dengan jiran tu, si adik Alfi ni mengacau lappy mama nyer. Ingatkan dia buek ape la kat lappy tu..ruper-rupenyer dia skodeng awek...adehhhhh......sape yang adik skodeng tu? Jum ngeCEK...



Ayookkkkkk....anak dare sape tu? Memang masa jiran CPP datang tu, CPP tengah online..dah jiran datang CPP tinggalkan la kejap lappy tu...eh!eh! tetau si tecik ni sempat pulak dia skodeng. Nampak dia skodeng, CPP snap picture la...hehe..Kepada mama ameera sofia, jangan marah mama alfi izham afiq ye. Sesungguhnya ini satu kebetulan.

*macam-macam ragam manusia & macam-macam juga ragam anak*

4 comments:

arinieva said...

oit! bakal menantu nie dh skodeng ameera ye.... muahahahaha... comel jek alfi...

Unknown said...

kekekkekek...tula pasal...ayoookk x tau..alfi cakap camni:
ma...baby...ma..tu baby...ekekekek

Mama Gee said...

ayat yg biasa juga diterima... :)

berkenan kat awek tu yee....hehehe..

Unknown said...

Adoiiyaii kak...berkenan la kut..huhu..sape nak jawab nih?